Tuesday 26 December 2023

PENDIDIKAN MALAYSIA KE ARAH MANA?

 

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

       Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani , emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.


Tujuan usaha ini ?

Melahirkan warganegara Malaysia yang :

  • Berilmu pengetahuan
  • Berketerampilan 
  • Berakhlak mulia
  • Bertanggungjawab 
  • Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
  • Menyumbang terhadap keharmonian & kemakmuran keluarga, masyarakat & negara


Misi pendidikan

Membangun sistem pelajaran yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya & memenuhi aspirasi negara Malaysia.


Wawasan 2020

Malaysia menjadi sebuah negara maju mengikut acuan tersendiri .

9 cabaran yang perlu dihadapi :

  • Membentuk sebuah negara yang bersatu padu
  • Melahirkan masyarakat yang bebas,teguh & mempunyai keyakinan diri
  • Membangunkan masyarakat demokratis yang matang
  • Membentuk masyarakat yang kukuh moral & etikanya dan utuh nilai keagamaannya
  • Mewujudkan masyarakat yang matang & bersifat toleran
  • Membentuk masyarakat yang bersifat sains & progresif
  • Mewujudkan masyarakat berbudi & berbudaya penyayang
  • Menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya
  • Mewujudkan masyarakat yang makmur


No comments:

Post a Comment

PENDIDIKAN MALAYSIA KE ARAH MANA?

  Falsafah Pendidikan Kebangsaan         Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi indi...